Saturday, February 19, 2011

RESIDEN ARTIS

Atilia bertindak sebagai artis SeniUdara dan terpilih setelah menjalani satu ujibakat yang sengit. Pernah diberi jolokan 'KL Queen Of Soul' melalui sebuah persembahan koporat yang eksklusif di ibu negara. Beliau memiliki suara yang lantang dan bertenaga serta berkebolehan mengawal vokal dengan cemerlang. 'Vocal range' yang beliau miliki begitu baik sekaligus memberi kelebihan kepada beliau untuk menyampaikan lagu-lagu 'hight-profile' yang dipopularkan oleh penyanyi-penyanyi terkenal seperti Whiney Houston, Jenifer Holiday, Celine Dion, Toni Braxton, Kris Dayanti dan lain-lain lagi. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bakat yang dimilikinya adalah setanding dengan artis-artis popular tanah air ketika ini. Beliau juga merupakan 'Top Ten Malaysian Idol 2005'.

Walaupun Atilia bukan seorang artis rakaman, namun kemampuan luar biasa dan 'versatility' yang dimilikinya itu mampu untuk menempatkan beliau sebagai artis sepanjang zaman sepertimana yang dimilki oleh biduanita-biduanita kebanggaan negara seperti Dato' Yusni Hamid, Julie Sudiro, Salamiah Hassan dan lain-lain lagi. Selain daripada penyampaian berkesan melalui lagu-lagu Melayu dan Inggeris, Atilia memiliki pakej seorang penghibur yang berpotensi besar.

Ismaliza merupakan seorang lagi penyanyi yang dilahirkan menerusi program Sinaran Pasport Kegemilangan. Mempunyai suara yang iras-iras Dato' Siti Norhaliza. Mempunyai pengalaman bernyanyi bersama Kombo SeniUdara selama 7 tahun. Berkebolehan menyampaikan lagu dalam pelbagai jenis irama muzik. Diantaranya seperti inang, joget, zapin disamping berkebolehan penyampaikan lagu yang berirama moden seperti pop, jazz, kotemporari dan pelbagai irama muzik. Beliau sering dijemput untuk mengadakan persembahan nyanyian yang melibatkan tetamu-tetamu kenamaan dan yang melibatkan golonagan koporat.

Dari bakat yang ada pada beliau, kini Ismaliza telah berjaya mengembangkan bakat nyanyiannya dengan memasuki program realiti tv yang paling popular pada masa kini iaitu Akademi Fantasia 7. Dengan adanya minat dan kesungguhan yang tinggi yang ada pada beliau adalah diharap agar beliau dapat mengukir kejayaan yang membanggakan dan cemerlang pada AF 7 kali ini.



No comments:

Post a Comment