KOMBO SENIUDARA TUDM
Merupakan Sebuah Kumpulan Muzik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)
Saturday, February 19, 2011
PRAKATA

Penaung
YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM
Panglima Tentera Udara
Kombo SeniUdara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah ditubuhkan pada 01 Okt 1996 yang bertujuan memberi peluang kepada anggota-angota TUDM yang berbakat di dalam bidang muzik, menceburi kerjaya muzik secara professional.
Penubuhan Kombo SeniUdara bertujuan agar Tentera Udara mempunyai kumpulan muziknya yang tersendiri, berilmu, berkualiti dan sentiasa cemerlang di dalam pencapaiannya. Dengan hasrat itu, seramai 11 pemuzik yang berbakat yang terdiri dari kalangan anggota-anggota TUDM, telah dikumpulkan untuk menjalani latihan muzik TUDM serta pengubah profesional tanahair.
Seawal penubuhannya, Kombo SeniUdara telah diberi kepercayaan dan berpeluang untuk menyertai pelbagai acara berprestij yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk kementerian-kementerian, badan koporat, badan berkanun, syarikat-syarikat swasta, individu serta pembesar negara.
Muzik yang menjadi teras persembahan Kombo SeniUdara ialah muzik yang berbentuk 'mini okestra' yang memiliki susunan muzik yang padat dan teliti. Tidak dinafikan bahawa muzik sebegini merupakan pilihan utama bagi golongan koporat untuk mengiringi majlis-majlis mereka yang rata-rata dihadiri oleh golongan atasan yang begitu mementingkan kualiti muzik dalam sesebuah persembahan.
Himpunan muzik yang popular disekitar 70an dan 80an merupakan koleksi berharga bagi Kombo SeniUdara. Lagu-lagu yang dipopularkan oleh Earth Wind & Fire, Miami Sound Mahine, Casiopea, Mezzoforte dan lain-lain adalah diantara koleksi yang sering menerima permintaan yang tinggi. Begitu juga lagu-lagu tempatan dendangan Heavy Machine, Carefree, Anita Sarawak, Salamiah Hassan dan ramai lagi. Walaubagaimanapun Kombo SeniUdara tidak ketinggalan dengan arus permodenan muzik dan lagu-lagu masakini.
Pemuzik-pemuzik berbakat yang menganggotai Kombo SeniUdara ialah Azri Abd Manas (Bass Guitar-Ketua Kombo),Haron Mohd Yusof (Guitar), Mohd Alam Shah Shafri (Piano/Keyboard), Ahmad Khairi Zamri (Keyboard), Halim Che Noor (Guitar), Ahmad Azmi (Drum), Mohd Shukri Shaari (Tenor Sax/Soprano Sax), Mohd Fadzli Jajuli (Trumpet), Ahmadi Isa (Alto Sax/Flute), Zaharuddin Zainal Abidin (Trombone).
Bagi pemuzik-pemuzik pelapis / Kombo Muda adalah terdiri daripada Mohd Azeri Mohammad (Bass Guitar/Drum), Mohd Ridzwan Abu Bakar (Synthesizer), Mohd Yusof Ishak (Drum/Percussion), Mohd Asraf Mohd Razif (Guitar), Wan Firdaus Wan Zainal (Trombone), Khairul Abrar (Guitar) dan Mohd Sharin Sahrudin (Alto Sax).
Akhir kata, adalah diharapkan Kombo SeniUdara dapat memenuhi impian untuk menjadi satu kumpulan muzik yang berjaya dan disegani.
PENGURUSAN
Penaung Kombo SeniUdara
~ YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM
Panglima Tentera Udara
Penasihat
~ YBhg Mejar Jeneral Dato' Mohd Noh bin Mohd Said TUDM
Asisten Ketua Staf Tadbir
Pengerusi Kombo SeniUdara
~ Lefternan Kolonel Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM
Pegawai Pengurusan Kombo SeniUdara
~ Kapten Abd Rahman bin Abdullah TUDM
Pengurus Akaun Tabung SeniUdara
~ Kapten Mohd Rizal bin Sabran TUDM
Pegawai Waran Kombo SeniUdara
~ Pegawai Waren Udara I Haron bin Mohd Yusof
Ketua Kombo SeniUdara
~ Sjn U Mohd Azri bin Abdul Manaf
~ YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM
Panglima Tentera Udara
Penasihat
~ YBhg Mejar Jeneral Dato' Mohd Noh bin Mohd Said TUDM
Asisten Ketua Staf Tadbir
Pengerusi Kombo SeniUdara
~ Lefternan Kolonel Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM
Pegawai Pengurusan Kombo SeniUdara
~ Kapten Abd Rahman bin Abdullah TUDM
Pengurus Akaun Tabung SeniUdara
~ Kapten Mohd Rizal bin Sabran TUDM
Pegawai Waran Kombo SeniUdara
~ Pegawai Waren Udara I Haron bin Mohd Yusof
Ketua Kombo SeniUdara
~ Sjn U Mohd Azri bin Abdul Manaf
Komposer/Pengubah Professional
~ En Jan Johari
KENALI KAMI
Dengan kewujudan Kombo SeniUdara, maka dapatlah ianya sedikit sebanyak mengisi ketandusan muzik jenis 'kombo' atau 'mini okestra' (yang diceriakan dengan alat-alat tiupan) yang begitu ketara ketika ini, sepertimana yang pernah dirintis oleh kumpulan-kumpulan terkenal satu masa dulu seperti Carefree, Discovery, Black Dog Bone atau Heavy Machine.
Selain daripada perkhidmatan nyanyian dan muzik, SeniUdara juga telah membentuk Tim Produksinya sendiri, yang bertanggungjawab di dalam pengurusan setiap penerbitan yang melibatkan SeniUdara. Tim Produksi iniakan menyelaraskan aspek-aspek pengurusanpentas dan teknikal seperti sistem bunyi dan sistem lampu, penulisan skrip, reka bentuk pentas dan set serta keseluruhan penerbitan produksi. Perkhidmatan ini diwujudkan untuk mengkordinasikan semua aspek produksi serta meringankan bebanan pihak penganjur yang biasanya kurang arif di dalam penyediaan keperluan-keperluan produksi.
'THE AIRVOICE' (5 Piece Band)
Pada amnya, 'The AirVoice' SeniUdara dipertanggungjawabkan untuk membuat persembahan di majlis-majlis yang melibatkan perkhidmatan TUDM, Kementerian dan Kerajaan. Walaubagaimanapun "The AirVoice juga sering diundang bagi membuat persembahan-persembahan yang dianjurkan oleh Badan-Badan koporat, Syarikat-syarikat swasta, persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan dan orang perseorangan. Kumpuan muzik ini juga sering mendapat pujian di dalam persembahan yang telah dijayakan. 'The Airvoice' akan terus bertekat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggannya.
RESIDEN ARTIS
Atilia bertindak sebagai artis SeniUdara dan terpilih setelah menjalani satu ujibakat yang sengit. Pernah diberi jolokan 'KL Queen Of Soul' melalui sebuah persembahan koporat yang eksklusif di ibu negara. Beliau memiliki suara yang lantang dan bertenaga serta berkebolehan mengawal vokal dengan cemerlang. 'Vocal range' yang beliau miliki begitu baik sekaligus memberi kelebihan kepada beliau untuk menyampaikan lagu-lagu 'hight-profile' yang dipopularkan oleh penyanyi-penyanyi terkenal seperti Whiney Houston, Jenifer Holiday, Celine Dion, Toni Braxton, Kris Dayanti dan lain-lain lagi. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bakat yang dimilikinya adalah setanding dengan artis-artis popular tanah air ketika ini. Beliau juga merupakan 'Top Ten Malaysian Idol 2005'.Walaupun Atilia bukan seorang artis rakaman, namun kemampuan luar biasa dan 'versatility' yang dimilikinya itu mampu untuk menempatkan beliau sebagai artis sepanjang zaman sepertimana yang dimilki oleh biduanita-biduanita kebanggaan negara seperti Dato' Yusni Hamid, Julie Sudiro, Salamiah Hassan dan lain-lain lagi. Selain daripada penyampaian berkesan melalui lagu-lagu Melayu dan Inggeris, Atilia memiliki pakej seorang penghibur yang berpotensi besar.
Ismaliza merupakan seorang lagi penyanyi yang dilahirkan menerusi program Sinaran Pasport Kegemilangan. Mempunyai suara yang iras-iras Dato' Siti Norhaliza. Mempunyai pengalaman bernyanyi bersama Kombo SeniUdara selama 7 tahun. Berkebolehan menyampaikan lagu dalam pelbagai jenis irama muzik. Diantaranya seperti inang, joget, zapin disamping berkebolehan penyampaikan lagu yang berirama moden seperti pop, jazz, kotemporari dan pelbagai irama muzik. Beliau sering dijemput untuk mengadakan persembahan nyanyian yang melibatkan tetamu-tetamu kenamaan dan yang melibatkan golonagan koporat. Dari bakat yang ada pada beliau, kini Ismaliza telah berjaya mengembangkan bakat nyanyiannya dengan memasuki program realiti tv yang paling popular pada masa kini iaitu Akademi Fantasia 7. Dengan adanya minat dan kesungguhan yang tinggi yang ada pada beliau adalah diharap agar beliau dapat mengukir kejayaan yang membanggakan dan cemerlang pada AF 7 kali ini.
STUDIO LATIHAN (STUDIO PERDANASARI)
ANTARA PERSEMBAHAN-PERSEMBAHAN YANG TELAH DIJAYAKAN
- Majlis Graduation Night Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia di Grand Dorsett Hotel Subang Jaya.
- Majlis Resepsi Dan Persandingan Anjuran YBhg Dato' Nik Hasmad di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur.
- Majlis Resepsi Dan Persandingan Anjuran YBhg Jen. Dato' Sri Abdullah Ahmad TUDM Mantan Panglima Tentera Udara di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur.
- Majlis Makan Malam Mesyuarat Pemerintahan Panglima TenteraUdara di Mes Wira Angkasa Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
- Majlis Meraikan Panglima Tentera Udara Perancis di Mutiara Crown Plaza Hotel Kuala Lumpur.
- Majlis Makan Malam Anjuran Markas Logistik Udara di Mes Wira Angkasa Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
- Majlis Resepsi Dan Persandingan Anjuran YBhg Mej. Jen. Dato' Yusuf Embong TUDM di Dewan Bangquet UPM Serdang.
- Majlis Makan Tengahari Golf di Mines Resort Selangor.
- Majlis Makan Malam Meraikan Panglima Tentera Udara Filipina di Renaissance Hotel Kuala Lumpur.
- Majlis Ramah Mesra Mes Wira Angkasa 2010 Di Adakan Di Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur.
- Majlis Resepsi & Persandingan/Perkahwinan Anjuran Tokoh-Tokoh Koporat di Hotel-Hotel Terkemuka.
- Majlis Makan Malam Meraikan Panglima Tentera Udara Singapura Di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.
- Majlis Makan Malam DSA Di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.
- Majlis Makan Malam Sempena Hari Ulang Tahun TUDM Ke 52 Di Mandarin Hotel Kuala Lumpur.
- Majlis Makan Tengahari Bersama Sultan Pahang Sempena Hari Ulang Tahun TUDM Ke 52 Di Dewan Angkasaraya Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
- Majlis BAKAT Bersama Isteri Menteri Pertahanan Di Mes Wira Angkas Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
- Majlis BAKAT Bersama Isteri Mantan Panglima Tentera Udara di Mes Wira Angkasa Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Wednesday, March 18, 2009
ASET & PERALATAN MUZIK

GUITAR & KEYBOARD
~ Fender American Standard Jazz Bass Guitar.
~ Fender Stratocaster (Jeff Back Series) Electric Guitar.
~ 4 Piano/Keyboard (Yamaha S80 Piano, Korg 01/fd Synthesizer/Workstation, Roland XP80 Synthesizer/Workstation & Yamaha W5 Synthesizer Workstation).
HORN SECTION
~ Selmer Alto Saxophone
~ B & W Soprano Saxophone (Professional Series)
~ B & W Tenor Saxophone
~ Artley - Sterling Silver Flute
~ Conn Flugal Horn
~ King Trombone
DRUM SET
~ Full set 7-piece TAMA Starclassic Drum Outfit including:
~ 7 Cymbals of Various Size & Tones
~ 14'' Power Snare (Classic Series)
~ 11", 12" 13" & 14" Tom-Tom
~ 16" Floor Toms
~ 22" Power Bass Drum
~ Other Related Drums Accessories
PERCUSSIONS
~ 1 Pair of Conga Drums
~ 1 Pair of LP Tipbales
~ 1 Set of Latin Bongo
~ 1 Pair of Tabla
~ Cow bell, tambourine, metal shaker, cabassa etc
~ Related amplifier and gadgets.
Subscribe to:
Posts (Atom)






