Saturday, February 19, 2011

KENALI KAMI

Kombo SeniUdara mula beroperasi sepenuhnya pada 01 Feb 1997 dan terus berkembang dengan pesat sejajar dengan perkembangan muzik masakini. Di dalam penerbitan-penerbitan komersial, SeniUdara telah berjaya menghasilkan persembahan-persembahan yang begitu mantap dan telah mendapat pujian oleh para tetamu yang pernah menyaksikan persembahan yang pernah dipertontonkan.

Dengan kewujudan Kombo SeniUdara, maka dapatlah ianya sedikit sebanyak mengisi ketandusan muzik jenis 'kombo' atau 'mini okestra' (yang diceriakan dengan alat-alat tiupan) yang begitu ketara ketika ini, sepertimana yang pernah dirintis oleh kumpulan-kumpulan terkenal satu masa dulu seperti Carefree, Discovery, Black Dog Bone atau Heavy Machine.

Selain daripada perkhidmatan nyanyian dan muzik, SeniUdara juga telah membentuk Tim Produksinya sendiri, yang bertanggungjawab di dalam pengurusan setiap penerbitan yang melibatkan SeniUdara. Tim Produksi iniakan menyelaraskan aspek-aspek pengurusanpentas dan teknikal seperti sistem bunyi dan sistem lampu, penulisan skrip, reka bentuk pentas dan set serta keseluruhan penerbitan produksi. Perkhidmatan ini diwujudkan untuk mengkordinasikan semua aspek produksi serta meringankan bebanan pihak penganjur yang biasanya kurang arif di dalam penyediaan keperluan-keperluan produksi.

No comments:

Post a Comment