Saturday, February 19, 2011

STUDIO LATIHAN (STUDIO PERDANASARI)

Disamping memenuhi keperluan semasa sejajar dengan arah kemodenan muzik masakini, terletak di kawasan Pusat Muzik TUDM, tersergam indah sebuah bangunan studio yang diberi nama sebagai 'Studio Perdanasari' dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 680,000.00. Dengan peruntukan yang diperolehi maka terbinalah sebuah studio bersebelahan studio Rampaisari yang diberi nama Studio Perdanasari.


Studio Perdanasari merupakan satu mercu tanda dan kewujudannya amat bersesuaian dengan keadaan dan peralatan muzik yang serba canggih. Studio Perdanasaritelah memberikan ruang dan keselesaaan terutamakepada pemuzik dan para tetamu TUDM yang berkunjung ke Kombo SeniUdara semasa 'audition' mahupun 'preview'. Inyanya juga secara langsung telah meningkatkan lagi prestasi persembahan oleh pemuzik Kombo SeniUdara dan imej TUDM tersendiri.

No comments:

Post a Comment